nuffnang ads

Ahad, 3 Jun 2012

Buah Cempedak



Buah cempedak nih jenis bermusim. Adik beradik dengan nangka tetapi isinya yang berwarna kekuningan itu lebih lembut daripada isi nangka.  Isinya yang manis boleh dimakan begitu sahaja dan digoreng.  Cempedak goreng yang bersalut tepung nih cukup sedap dimakan ketika panas-panas.  Bila musim cempedak..., peniaga-peniaga pasar tani dan pasar malam menjual cempedak goreng dengan harga RM1.00 untuk setiap 3 ulas cempedak goreng.

Lempuk cempedak:  Isi-isi cempedak yang agak lembik dikumpulkan dan diasingkan dari bijinya.  Sedikit gula dan garam ditambah dan kemudian dikeringkan dengan cahaya matahari, bila agak kering, isi cempedak itu dibungkus dengan upih pinang dan diasapkan di dapur kayu di rumah agar ia mengering dan menjadi agak liat.  Lempuk cempedak boleh dimakan begitu sahaja atau dimasukkan ke dalam bubur.  Sekarang nih lempuk  nih dah tak dibalut dengan upih pinang dah... balut guna plastik jer...

Biji cempedak:  biji cempedak nih lebih lembut dan gebu... jadi orang kampung selalunya merebus biji cempedak, tambahkan sedikit garam.... biji biji cempedak nih dah empuk dah boleh dimakan dan selalunya dicicah dengan sambal ikan bilis..............

Kulit cempedak:  makanan tambahan kepada lembu kampung!!!

Tiada ulasan: