nuffnang ads

Jumaat, 8 Jun 2012

Bubur Durian (Porridge)



Bahan Yang Diperlukan:

5 - 6 ulas durian (isi besar / lebihkan kalau ulas durian bersaiz kecil)
1 tin susu cair atau 1.5 cawan santan segar
1 cawan air
4 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 keping daun pandan

Cara memasak:  panaskan susu cair bersama-sama dengan durian dan campurkan dengan air, campurkan dengan gula dan garam, masak sehingga isi durian sebati dengan susu.  daun pandan dilipat dan dimasukkan ke dalam bubur untuk menghasilkan aroma yang lebih menyelerakan.  Ada juga yang memasukkan 2 atau tiga sudu biji sagu ke dalam bubur durian.

Siap dihidangkan...!!! Makan bersama pulut memang best tau!!!  Sangat sedap bila dimakan bersama roti sandwich atau benggali.  Nak best lagi, sejukkan bubur dalam peti ais dan pecahkan beberapa kepi biskut gula dam masukkan ke dalam bubur..... huh... terangkatttt.....

Isi durian yang selalu digunakan oleh orang kampung untuk membuat bubur adalah isi buah durian mangkar (tidak masak dan keras).  Tetapi sekarang lebih enak sekiranya gunakan isi durian import dari Thailand.

Perhatian:  sukatan ikut rasa tukang masak..., ok!!!

Tiada ulasan: